Pindah ke http://tandinh.artzz.net

My photo
Pindah ke http://tandinh.artzz.net

Hijri Calendar

Murtabak Raja!!! Yeahh!!! (Made In Kelantan)

Sunday, September 6, 2009 ·

Akhirnya... penantian aku slame hari ni dah berakhir!! ini dia.. murtabak raja (made by kelantan) yea!!! Puas hati gak belasah murtabak ni walaupun harga dia RM16 sekeping...

Nanti try belasah murtabak puteri, mahkota dan murtabak adinda lak... kali ni rezeki aku belasah murtabak raja.. heheh...


-Keadaan Murtabak Raja sebelum dibelasah dek aku (sementara masuk waktu berbuka je ni.. kalo bukan bulan puasa, jangan harap sempat aku amek gmbar heheh...)

Ketebalan Murtabak Raja


-Hohohoh... memang tebal...


Makan biasa gni x power, tambah lagi dengan :




-Berbeza dengan murtabak biasa... murtabak biasa pencicah warna merah tapi yg raja pnya warnya kekuningan sket...

Alang² belasah murtabak ni, baca la sket info ttg makanan ni.. xkenal maka x cinta :

Sejarah Murtabak Raja

Murtabak Raja merupakan makanan yang berasal dari Kelantan, ia merupakan murtabak yang mempunyai ciri-ciri istimewa diilham khas bagi hidangan kerabat Di Raja Kelantan pada tahun 1950an. Pada zaman dahulu, makanan ini hanya boleh dinikmati oleh kerabat Di Raja sahaja kerana harganya yang mahal dan proses pembuatannya sangat rumit dan dibuat dengan menggunakan tangan.

Ia mempunyai ciri-ciri yang istimewa, yang mana salah satu darinya adalah mempunyai saiz yang agak besar dan sesuai dimakan oleh 5 hingga ke 6 orang. Kini, anda juga boleh merasakan keenakkan Murtabak Raja sendiri.


Murtabak Raja berintikan daging ayam atau daging lembu beresipikan Rempah Raja tradisional Kelantan disaluti dengan telur dan bawang bergred tinggi. Boleh dihidangkan dengan acar bawang tradisional dan salad pilihan anda atau hirisan telur rebus sebagai hidangan sampingan,sarapan,makan tengahari atau makan malam.

Lazat dan mudah disediakan, digoreng tanpa minyak, dibakar dalam oven atau ketuhar gelombang. Untuk lebih rangup lagi,sapukan sedikit mentega sebelum digoreng/dipanaskan. Nikmati hidangan lazat di Raja ini bersama keluarga tersayang atau sahabat handai hari ini.

http://www.murtabakraja.com

0 comments:

Post a Comment